TIPS-TIPS MEMILIH PAKAIAN MENGIKUT BENTUK TUBUH ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kadang-kadang bila kita tengok orang lain pakai baju yang cantik-cantik..kita pun teringin nak mencubanya.  Tapi bila dah beli baju berbagai...bila pakai di badan sendiri, rasa cam tak cantik la pulak..padahal dah beli baju sebijik cam orang tu pakai.  Nape ye?



Ini kerana kita sering membuat pilihan yang salah semasa memilih pakaian.  Kat sini saya nak share tips-tips memilih pakaian yang bersesuaian dengan tubuh  badan anda.  Tips ini diperolehi dari majalah Cosmopolitan terbitan 2012.  


Tapi sebelum tu, kenali dahulu bentuk badan anda.  Check it out..


Umumnya, wanita mempunyak 4 jenis bentuk tubuh seperti berikut:-





1)  BENTUK APPLE 
Dikatakan berbentuk epal kerana tubuh wanita ini cenderung berbentuk bulat pendek dan bahagian pinggang membesar. Untuk mengenalpasti, gunakan pakaian dengan model empire ( dress dengan tali di bahu). Gunakan pakaian dengan bentuk leher V dan yang berlengan panjang untuk menyeimbangkan bentuk tubuh.  Pilih pakaian yang ukurannya sesuai di badan ( yang dapat membentuk lekuk badan), gunakan belt dengan ukuran sedang / besar untuk lebih membantu.  Untuk pemilihan warna, cuba pilihlah pakaian dengan warna-warna yang cerah dan terang untuk atasan, dan warna gelap untuk bawahan.  Agar pinggang terlihat lebih ramping, pakai celana dengan model di atas lingkar pinggang.  Menggunakan celana berpotongan lurus lebih disarankan. HIndari pakaian dengan bentuk "turtleneck" kerana menimbulkan kesan semakin berisi.  Jangan memberikan terlalu banyak detail di bahagian pinggang, seperti manik-manik atau belt yang kecil. 


2) BENTUK BUAH PEAR


Ciri wanita dengan bentuk tubuh pear shape adalah tubuh cenderung lebih besar di bahagian bawah pinggul dan paha).  Pakaian yang tepat untuk bentuk tubuh ini adalah pakaian yang mampu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dengan bahagian bawah tubuh.  Pakaian dengan corak pelbagai dan warna terang dapat dipilih.  Pakaian atasan yang lebar, berenda-renda, detail yang banyak di bahagian bahu / lengan dapat digunakan untuk menyeimbangkan tubuh.  Untuk bawahan, seluar adalah dengan basic cut dan seluar slim / boot cut sangat sesuai untuk dikenakan.  

Hindari pakaian atasan yang berwarna gelap.  Untuk celana jangan kenakan celana dengan model pensil / tube atau yang ketat di pinggul kerana dapat menonjolkan bentuk pinggul yang besar. 

3)  BENTUK 4 SEGI atau BRICK / RECTANGLE

Wanita dengan bentuk tubuh ini memiliki ciri-ciri ukuran payudara dan pinggul cenderung sama dan tubuh lebih lurus / kurus.  Pilihlah pakaian dengan potongan yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh seperti pakaian dengan struktur geometris dengan belt, atau pakaian yang memiliki detail pita dan kerut yang simple.  

Hindari pakaian dengan jenis tipis dan ringan.  Jangan mengenakan terlalu banyak detail dan aksesori agar kesannya tidak terlalu sarat. 

4)  BENTUK JAM PASIR / HOUR GLASS


Wanita dengan bentuk tubuh ini dikatakan ideal.  Cirinya iaitu memiliki garis bahu dan garis pinggang sama, tubuh mengecil di bahagian pinggang dan kelihatan lebih seksi.  Untuk pakaian boleh mengenakan jenis atasan dengan leher yang terbuka untuk menonjolkan bentuk bahu yang indah.  Untuk bawahan boleh dikenakan seluar dengan potongan A-line / pensil agar lebih ramping.  Seluar pula boleh dipilih jenis apa sahaja tetapi tidak terlalu besar di bahagian bawah. 



Kesimpulannya, anda perlu bijak memilih pakaian yang bersesuaian dan barulah anda lebih kelihatan lebih yakin dan ceria.

No comments:

Post a Comment